Welcome to Kraf'd
sign up & buy with us now!
cool crafted products await!
shipping to whole Malaysia
Slow Fahsion: Merungkai Rahsia Kelestarian Seni Crochet

Slow Fahsion: Merungkai Rahsia Kelestarian Seni Crochet

Dalam kita menyaksikan perubahan trend pakaian yang pantas pada masa kini, industri fesyen global sebenarnya sedang menerima sebuah kebangkitan senyap. Daripada memilih pakaian yang dihasilkan dari kilang, para pengguna kini beralih kearah sesuatu yang lebih sentimental. Aspek yang dinilai oleh pengguna merangkumi tekstur, penceritaan dan penghasilannya tanpa mencemarkan bumi.

Sebagai salah satu daripada seni yang tergolong dalam slow fahsion, seni crochet kini mula mendapat tempat dihati para pengguna.

Seni Yang Belum Boleh Ditiru Mesin

Jika anda perasan, seni crochet ini masih belum mempunyai suatu sistem automasinya sendiri. Dalam erti kata lain, masih belum ada mesin industri yang direka untuk menghasilkan sulaman crochet.

Ia berbeza dengan saudara dekatnya, seni knitting sudah mempunyai mesin tersendiri yang direka untuk mereplikasi setiap simpulan. Bahkan ia kini dihasilkan pada skala besar oleh mesin bergred industri. Mungkin disebabkan setiap simpulan crochet itu sendiri memerlukan penyesuaian tangan yang tersendiri, pendekatan secara automasi masih belum diaplikasikan lagi keatas seni crochet. Sekiranya anda memiliki produk hasil seni crochet, sebenarnya anda memiliki sebuah barangan seni eksklusif yang terhad penghasilannya, seperti sebuah kereta termahal didunia!

Nilai Estetika Penampilan Berimpak Tinggi

Dunia fesyen moden kini lebih menjurus kearah impak visual yang boleh disentuh (tactile appeal). Ia menjadi kelebihan buat seni crochet. Dari corak yang ringkas seperti gabungan dua jenis simpulan, kepada corak renda yang rumit, seni crochet boleh memenuhi keperluan tersebut.

Untuk tampil serasi dan mengikut trend terkini, pelengkap gaya yang ringkas tetapi berimpak tinggi juga sudah mencukupi:

Beg tote rajutan tangan: Sungguhpun dikait dengan corak yang ringkas, gabungan benang akan mengubah penampilannya menjadi seakan-akan sebuah beg mewah.

Beanie disulam dari benang tebal: Setiap benang yang tersimpul menghasilkan ira yang memberi ilusi corak yang menarik pada beanie. Personaliti TV dalam rancangan aneka ragam popular pernah menggayakan fesyen ini ketika keudara.

Kempen “Zero-Waste”

Seni crochet ini merupakan pendukung kepada gerakan zero-waste. Ini kerana untuk menghasilkan sebuah produk crochet, setiap aspek diperkirakan dengan rapi. Daripada menentukan jenis benang yang bakal digunakan, ke sisa benang yang digunakan setelah projek selesai, semuanya diambil kira.

Bahkan, sehingga lebihan benang yang dipotong dari “ekor benang” yang telah disemat antara simpulan juga akan disimpan. Manalah tahu, jika ada projek amigurumi yang memerlukan “stuffing“, jadi lebihan benang itulah antara bahan yang akan disumbat kedalam projek amigurumi.

Dengan memilih barangan hasil kraftangan ini juga bererti kita menjadi lebih teliti dalam berfesyen. Selain melabur dalam ketahanan produk untuk jangka masa panjang, kita juga membantu menjana ekonomi komuniti pereka kecil. Disamping itu, jejak karbon yang dilepaskan oleh kilang-kilang juga dapat dikurangkan. Ini kerana dengan penghasilan produk secara “manual” dapat membantu mengurangkan penggunaan mesin kilang yang berlebihan.

Nota Ringkas: Semasa dunia sedang bergerak pantas, namun ada secebis waktu yang sengaja diperlahankan, semata untuk menjadikan ia bermakna. Fesyen yang baik tidak akan mengorbankan masa depan bumi. Ia bermula dari kita yang memilih, memilih untuk kesederhanaan, memilih yang terbaik dan memilih untuk menghargai sesuatu keindahan.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping