Tahukah anda, jika simpulan Double Crochet (Dc) disusun pada posisi dan mengikut kiraan tertentu, akan menghasilkan corak simetri yang menarik? Ya, jika anda mengait Double Crochet (Dc) seperti biasa, ia akan kelihatan kosong dan kurang berseni, cuma yang kelihatan ialah simpulan hasil kaitan Double Crochet (Dc).
Tetapi, bagaimana kalau anda mengubah sedikit kaedah mengait Double Crochet (Dc) tersebut? Gunakan kaedah Front Post Double Crochet (FPdc) dan Back Post Double Crochet (BPdc) mengikut kiraan tertentu. Pasti, ia akan menghasilkan tekstur 3D seakan himpunan rotan yang disulam elok melapisi satu sama lain, seakan anyaman bakul tradisional.
Bergantung kepada kiraan susunan oleh si “penenun”, akan menentukan saiz corak yang akan terhasil. Dan dipadankan dengan jenis benang yang digunakan, akan menonjolkan rupa fabrik yang tegap layaknya anyaman bakul, tetapi masih menyerlahkan sisi premiumnya.
Kenapa Teknik Ini Sesuai Untuk Beg?
Bagi anda yang sedang mencari corak yang perlu sesuai untuk projek beg crochet anda, corak basket weave ini perlu menjadi keutamaan anda. Kenapa?:
Struktur Yang Padat: Dengan menggunakan teknik Post Stitches (FPdc atau BPdc merupakan salah satu daripadanya), anda sebenarnya sedang menimbunkan simpulan keatas simpulan yang lain. Hasilnya, fabrik akan menjadi lebih padat dan tebal daripada kaitan yang biasa.
Gaya Minimalis: Sama seperti bakul tradisional yang sebenar, corak ini “menjadi” apabila dipadankan dengan warna tunggal dan earthy. (Untuk tips pemilihan warna untuk projek crochet anda, boleh berkunjung ke pautan ini https://krafd.store/color-matching-guidance-for-remainang-half-2026/ )
Langkah-Langkah Mengait Corak Basket Weave
Sebelum memulakan aktiviti mengait, sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu:
1. Benang: Disyorkan benang yang digunakan bersaiz medium seperti benang kapas yang tebal, benang macrame atau benang polypropylene bersaiz 2mm-3mm.
2. Hook: Pastikan hook yang digunakan sesuai dengan benang yang anda pilih.
3. Jarum tapestri, gunting dan penanda jahitan.
Sebelum mula mengait, anda perlu menetapkan “peraturan” yang anda perlu patuhi terlebih dahulu. Untuk memastikan coraknya terbentuk, secara asasnya anda perlu menyelang-selikan set FPdc dan BPdc yang bakal anda hasilkan. Jadi, untuk tutorial ini, kita akan menggunakan peraturan set 4 kotak (4 FFdc, 4 BPdc) yang diulang setiap 4 baris. Juga, tutorial ini adalah kepada jenis kaitan menjadi sebuah fabrik dan bukan menjadi sebuah sambungan lengkap.
Langkah 1 : Penyediaan Asas Kaitan
1. Buatkan Chain (Ch) dalam gandaan 8 + 4 (Bagi tutorial ini, kita gunakan 24 + 4 = 28 Ch). Jangan lupa untuk menambah 2 Ch sebagai turning chain.
2. Baris 1: Mulakan mengait Dc bermula dari chain ke-3 dari hook. Pastikan anda mengait Dc ke setiap 28 Ch. Apabila sudah selesai, pusingkan projek anda.
Langkah 2 : Mula Mengait Corak
1. Baris 2: Buatkan 2 Ch (ia bertindak sebagai pengisi ketinggian stitch anda dan ia tidak dikira sebagai stitch). Kait 4 FPdc pada 4 Dc baris 1 yang paling hampir dengan hook. Setelah selesai, balas semula dengan membuat 4 BPdc pada 4 Dc baris 1 yang seterusnya.
2. Ulangi peraturan 4 FPdc, 4 BPdc hingga hujung baris. Terdapat 4 kotak FPdc dan 3 kotak BPdc yang melengkapkan 28 Dc pada baris 1. Akhiri baris dengan 1 Dc biasa. Sebabnya? Untuk mengimbangi turning chain pada permulaan baris 1 yang tidak dikira sebagai stitch. Pusingkan projek anda.
3. Baris 3: Buatkan 2 Ch (ia tidak dikira sebagai stitch). Disini, anda perlu memahami sesuatu perkara terlebih dahulu. Oleh sebab anda telah memusingkan projek, makanya coraknya akan menjadi terbalik. Jadi, anda cuma perlu mengait mengikut corak yang anda lihat pada projek anda. Jika corak di baris sebelumnya menonjol kedepan, maka anda perlu membuat FPdc padanya. Jika ianya tenggelam kebelakang, anda perlu mengait BPdc pula.
4. Kait corak mengikut stitch yang ada pada baris sebelumnya sehingga penghujung baris 3. Setelah itu, akhiri dengan 1 Dc biasa. Kemudian, pusingkan projek anda.
5. Baris 4 dan 5: Ulangi proses semasa anda mengait corak dibaris 3 untuk menyiapkan kedua baris 4 dan 5 ini.
Langkah 3 : Menghasilkan Ilusi Anyaman
Sebelum memulakan baris 6, periksa kaitan di baris-baris sebelumnya. Pastikan semuanya berada diposisi yang betul dan kotak sudah mula terbentuk. Baris 6 ini akan menentukan bentuk anyaman bakul untuk projek anda.
1. Baris 6: Buatkan 2 Ch (ia tidak dikira sebagai stitch). Pada baris ini, kita akan menterbalikkan corak. Pada set yang kita kaitkan FPdc padanya, akan diterbalikkan dengan mengait 4 BPdc. Bermaksud, pada tutorial ini, anda telah memusingkan projek anda. Jika anda dapati corak pada baris sebelumnya menonjol, anda cuma perlu mengait BPdc padanya. Begitu juga apabila anda dapati bahawa coraknya tenggelam, anda akan mengait FPdc diatas corak tersebut.
2. Selesaikan mengait sehingga penghujung baris. Akhiri dengan 1Dc biasa sebelum memusingkan projek.
3. Untuk baris 7, 8 dan 9: Anda cuma perlu mengulang langkah ketika anda menyiapkan baris 3. Kita menghitung 4 baris untuk setiap pertukaran corak kerana ingin memenuhi peraturan 4 baris yang kita tetapkan sebelum mengait.
4. Ulangi keseluruhan proses pada langkah 2 dan langkah 3 sehingga anda mencapai panjang projek yang anda telah rancang.
Sentuhan Akhir Projek Anda
Setelah anda menyiapkan corak basket weave, mungkin anda boleh merapikan projek anda dengan mengait Single Crochet (Sc) pada bahagian tepi projek. Dengan itu, projek anda akan kelihatan lebih kemas dan berdimensi. Jadi, selamat mencuba teknik bharu ini diprojek crochet terbaharu anda, dan selamat mengait!!.
