Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, mesti anda sudah merancang untuk menziarahi rumah sanak saudara dan sahabat handai, kan? Terbaik jika anda sudah membuat perancangan tersebut. Tetapi, adalah lebih lengkap jika anda membuat perancangan untuk “kelengkapan” yang anda perlu bawa semasa beraya.
Jika anda masuk ke hutan pun, anda perlu menyiapkan peralatan tertentu untuk kegunaan semasa berada di hutan. Sama juga keadaannya ketika kita sedang beraya. Terutama jika kita beraya sambil mengenakan beg rajutan tangan kita, barang yang kita bawa amat penting supaya beg kekal cantik dan tak berubah bentuk.
Mari kita semak 5 barang yang wajib ada dalam beg anda semasa beraya:
1. Pouch Kecil
Ia perlu sebagai tempat anda memuatkan segala gincu, bedak solek, pin tudung atau kunci kereta. Tentu anda sudah ambil maklum bahawa beg rajutan tangan biasanya mempunyai rongga atau celah. Ia tidak seperti beg kain atau beg kulit. Jika tidak diletakkan dalam pouch, mungkin kunci anda akan tersembul keluar dari celahan beg, atau pin tudung anda akan tercicir. Dengan adanya pouch ini, beg ruang dalam beg anda akan jadi lebih kemas, barang pun lebih mudah untuk dicari.
2. Sampul Duit Raya
Pastikan anda sudah memasukkan duit kedalam sampul. Jika tidak, ada yang akan merungut cuma dapat sampul raya nanti. Lagi satu, susun sampul ikut “kategori” supaya and tidak keliru apabila hendak mengagihkannya nanti.
3. Powerbank dan Kabel Pengecas
Dah nama pun marathon kan, ntah ada ke kesempatan nak charging bateri telefon pintar kita jika ia sudah kehabisan tenaga. Dengan adanya ini, anda tidak akan bimbang untuk merakam kenangan indah berhari raya bersama keluarga atau bersesi OOTD sampai lewat malam. Cuma, pastikan powerbank anda dicas penuh terlebih dahulu.
4. Tisu, Tisu Basah dan Hand Sanitizer
Meskipun di rumah yang kita kunjungi disediakan air untuk basuh tangan, tetapi alat pembersihan amat penting untuk disediakan dalam beg anda. Bukan sahaja untuk mengelap bersih tangan anda sebelum bersalam-salaman, malah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak berlaku jangkitan.
5. Gula-gula Getah atau Mints
Walaupun anda sudah makah pelbagai jenis juadah di setiap rumah yang anda kunjungi, tapi nafas anda sentiasa segar. Sebelum berborak dengan sanak saudara, ambil sebiji mints. Barulah anda tidak risau dengan nafas berbau rendang daging kambing tok wan.
Tips pro: Jika beg rajutan tangan anda tidak mempunyai lining (lapisan kain di dalam), elakkan meletak barang yang terlalu berat seperti botol air besar. Cukup sekadar barang keperluan asas supaya corak kaitan beg anda kekal terletak dan tidak melanduk.
Bergayalah dengan vogue sambil mengenakan beg rajutan tangan estetik yang dipadankan dengan outfit yang indah di hari raya nanti. Selamat hari raya!
