Di bulan Ramadan yang mulia ini, pasti setiap dari kita yang muslim akan berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Sepanjang tempoh berpuasa itu, pasti kita akan mengalami waktu yang paling “mencabar” iaitu waktu diantara Asar hingga Maghrib.
Pada waktu tersebut, tenaga kita sudah berada pada tahap terendah, manakala perut kita sudah membunyikan keroncong tanda lapar. Kita mungkin tidak akan sanggup untuk membuat kerja berat, namun jika tidak melakukan sebarang aktiviti, masa terasa seperti berlalu amat perlahan.
Jadi, apakah aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa “menunggu” tersebut? Saya cadangkan, crochet atau mengait. Dan ini lima sebab kenapa anda patut mula mengait bermula petang ini:
1. Sebagai Countdown untuk Iftar
Mungkin terdengar agak kebudak-budakan, anda boleh jadikan aktiviti mengait anda sebagai “jam randik”. Ia lebih menguntungkan berbanding anda dengan keresahan mengintai jam yang ada di dinding untuk mengetahui waktu semasa. Gunakan teknik small wins.
Tips: Satu pusingan bunga crochet biasanya mengambil masa 10 minit. Dari situ, anda lihat waktu berbuka puasa di tempat anda dan bandingkan dengan waktu anda sekarang. Andai kata anda mempunyai masa sejam setengah, jadi anda boleh menyiapkan 9 pusingan bunga crochet! Azan Maghrib akan berkumandang setibanya anda di pusingan ke-9 (namun, benarkan beberapa kesilapan kecil seperti pemasaan tidak tepat, kerana anda bukan robot).
2. Menghindari Brain Fog Melalui Koordinasi Jari
Brain fog atau mamai berlaku apabila kurang gula dalam darah dan dehidrasi. Dengan melakukan aktiviti mengait ini, jari-jemari akan melalui pergerakan tertentu yang sistematik tanpa memerlukan tenaga fizikal yang besar. Melalui pergerakan motor halus tersebut, otak akan terus “bekerja” bagi memastikan koordinasi jari dan reseptor yang lain adalah tepat.
3. Alternatif kepada Doom-Scrolling
Kebiasaannya, apabila telefon pintar sudah digenggaman, kita akan scrolling TikTok, Facebook atau Instagram. Lebih lagi ketika menunggu waktu berbuka, terkadang drama pendek cina atau gosip artis akan lalu di feeds kita. Natijahnya, kita akan terus “melekat” dengan skrin telefon pintar untuk suatu tempoh dan ia jarang memberi manfaat kepada kita. Tetapi, dengan menyibukkan diri kita mengait projek crochet dapat memanfaatkan ruang masa yang ada tersebut. Tambahan pula anda seorang yang “fast-hand”, mungkin anda boleh menyiapkan lebih dari satu projek amigurumi dalam tempoh masa tersebut. Lebih bermakna jika aktiviti anda diselitkan dengan zikir atau selawat. Projek crochet anda pun siap, pahala zikir pun anda dapat!
4. Untuk Persediaan Ketika Terawih atau Raya
Berkait dengan “fast-hand” tadi, jika anda seorang yang boleh mengait dengan pantas, menyiapkan satu projek bukanlah satu masalah. Pada sebelah petangnya, anda boleh menyiapkan beanie yang boleh digunakan oleh anda sendiri atau dihadiahkan kepada suami untuk kegunaan Terawih malam nanti. Ataupun anda boleh siapkan tote bag satu warna yang ringkas untuk membawa telekung anda ke masjid. Nampak ringkas, namun ia boleh jadi pemangkin semangat untuk kita melaksanakan ibadah dengan lebih bersungguh-sungguh.
Kesimpulan
Tidak dinafikan, bulan Ramadan mengajar kita erti kesederhanaan. Tetapi, kesederhanaan bukan bermaksud membiarkan waktu-waktu tidak diisi dengan sewajarnya. Dengan mengait, anda boleh mendapatkan terapi minda sementara menunggu waktu berbuka.
Jadi, ambil hook dan benang anda, dan mulakan projek crochet Ramadan anda petang ini. Selamat mengait!
