Welcome to Kraf'd
sign up & buy with us now!
cool crafted products await!
shipping to whole Malaysia
I-Cord vs Romanian Cord: Mana Satu Yang terbaik?

I-Cord vs Romanian Cord: Mana Satu Yang terbaik?

Pada entri sebelum ini, kita telah berbincang tentang dua teknik rajutan tali yang biasa digunakan dalam dunia crochet, iaitu I-Cord dan Romanian Cord. Di Youtube dan TikTok juga, anda akan menjumpai banyak video tentang cara mengait dua jenis teknik ini.

Tapi, antara dua jenis teknik ini, yang mana satu paling sesuai ye? Sebelum membuat keputusan, mari kita ketahui “karakteristik” bagi kedua-dua teknik ini.

1. Ringkas Tapi Fleksibel, I-Cord

Nama I-Cord, atau nama panjangnya, Idiot Cord, telah dipopularkan oleh seorang pengiat kraf bernama Elizabeth Zimmermann. Alasan disebalik pemberian nama tersebut kerana cara membuatnya sangat mudah sehinggakan sesiapa sahaja boleh membuatnya tanpa perlu pemikiran yang mendalam. Namun, crocheter moden berpendapat bahawa huruf “I” harus dirujuk sebagai Ingenious kerana ia mempunyai fungsi yang pelbagai.

• Konfigurasi: Berbentuk bulat sempurna, ia seakan tali kasut yang dikait oleh mesin, cuma ia lebih lembut dan berongga.
• Kelebihan: Dapat disiapkan dalam masa yang singkat dengan hasil yang kemas.
• Waktu sesuai digunakan: Projek crochet yang memerlukan kelenturan seperti tali pengikat untuk beg uncang, hiasan pakaian bayi dan tali hiasan pada topi.
• Kekurangan: Agak elastik. Jika digunakan sebagai tali beg yang membawa beban yang berat, ia akan melendut serta memanjang mengikut beban.

2. Teguh Serta Berkarakter, Romanian Cord

Nama penuhnya ialah Romanian Point Lace Cord. Ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan I-Cord. Memiliki rupa bentuk yang lebih “maskulin” dan tegap, semestinya ia kekar pada fungsinya juga.

• Konfigurasi: Struktur yang rata dan melebar, serta mempunyai tekstur seakan rantaian berselirat yang padat. Jika dilihat dari hadapan, ia seakan seutas tali yang mempunyai gerigi.
• Kelebihan: Disebabkan kepadatan simpulan, ia mampu menampung beban yang berat tanpa melendut. Ia berfungsi seperti seutas tali biasa untuk kegunaan am.
• Waktu sesuai digunakan: Untuk projek seperti tali beg tangan, tali beg yeti dan tali beg galas. Boleh juga untuk aksesori seperti lanyard. Disebalik rupa yang tegap, ia sebenarnya memberikan tampilan hasil yang mewah dan profesional.
• Kekurangan: Masa yang lebih lama, dan tumpuan yang lebih perlu diberikan. Ini kerana anda perlu sentiasa memusingkan projek anda untuk mencari chain yang betul.

Jadi, Mana Satu Yang Terbaik?

Kedua-dua teknik adalah yang terbaik, dan ia bergantung kepada fungsinya.

Jika projek crochet anda memerlukan ketahanan tanpa menghilangkan rupa mewah dan elegan, Romanian Cord perlu dipertimbangkan. Tetapi, jika anda memerlukan sentuhan estetik yang minimalis serta ringan, anda boleh mengenakan I-Cord pada projek anda.

Tips Kreatif: Mungkin seutas tali hasil rajutan teknik I-Cord atau Romanian Cord agak biasa bagi anda. Bagaimana kalau anda hasilkan tiga utas tali, kemudian “toncang”kan(braided) tali tersebut menjadi seutas tali. Mesti hasilnya akan menjadi lebih unik!

Kalau anda, sukakan tekstur yang macam mana? bulat dan elastik, atau rata dan teguh? Kongsikan pendapat anda diruangan komen di bawah!

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping