Welcome to Kraf'd
sign up & buy with us now!
cool crafted products await!
shipping to whole Malaysia
Granny Square mari mengaitnya!

Granny Square: Mari Mengaitnya!

Pada entry sebelumya, kita telah mengetahui serba sedikit tentang sejarah dan fakta tentang Granny Square. Tetapi, untuk mengetahui tentangnya sahaja tidak mencukupi. Anda sendiri perlu merasai keseronokan mengait motif ikonik ini!

Meskipun terlihat agak rumit dan leceh, dan ya, terdapat jenis-jenis Granny Square yang memang agak rumit dan kompleks untuk dikait. Tetapi, Granny Square yang asal sebenarnya mudah untuk dikait, walaupun kepada seorang pemula dalam dunia crochet ini. Setelah anda terbiasa mengaitnya, anda pasti akan mengingati langkah ini ” tiga Double Crochet (Dc), satu Chain (Ch)“.

Mari kita mempelajari langkah-langkah untuk membuat Granny Square. Sebelumya, anda perlu sediakan bahan-bahan untuk mengait anda seperti benang yang sesuai, hook, gunting dan jarum benang.


Tutorial Mengait Granny Square Klasik

Untuk makluman anda, setiap crocheter mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk mengait Granny Square. Dalam kepelbagaian cara tersebut, sebenarnya semua mengarah kepada satu matlamat, iaitu mendapat sebuah kepingan berpetak Granny Square itu sendiri.

Langkah 1: Magic Ring atau Chain Ring


• Pilihan A, Magic Ring: Cara ini menghasilkan lubang tengah yang kemas. Balut benang di jari, masukkan jarum, kait satu rantaian dan Single Crochet (Sc). (tutorial cara membuat Magic Ring ada disini)
• Pilihan B, Chain Ring: Kait 4 chain (Ch), kemudian sambungkan dengan Slip Stitch (Sl St) pada rantaian pertama untuk membentuk cincin. Ini lebih mudah untuk pemula.
Pilih mengikut kesesuaian anda. Kedua pilihan tersebut akan menyediakan asas cincin untuk Granny Square anda.

Langkah 2: Baris Pertama


• Kait 3 Chain (Ch). Ini dikira sebagai Double Crochet (Dc) pertama anda.
• Kemudian, kait lagi 2 Double Crochet (Dc) ke dalam cincin yang anda buat tadi. Anda kini mempunyai satu “kelompok” yang terdiri dari 3 Double Crochet (Dc).
• Kait 2 Chain (Ch)*. Ini pula berfungsi sebagai ruang sudut.
• Ulangi langkah “kait 3 Double Crochet (Dc) ke dalam cincin” dan “kait 2 Chain (Ch)” sebanyak 3 kali lagi.
• Sambungkan dengan Slip Stitch (Sl St) pada rantaian ketiga permulaan anda.
• Hasilnya: Anda kini mempunyai 4 kelompok 3 Double Crochet (Dc) yang dipisahkan oleh 8 Chain (Ch) yang anda selangi pada setiap kelompok. In merupakan asas segi empat anda!

*Jika anda menggunakan tali yang besar atau padat, lebihkan Chain (Ch) anda (3 atau lebih) bagi tujuan “pengembangan” di baris berikutnya.

Langkah 3: Baris Kedua dan Seterusnya


1. Untuk memulakan baris baru dan/atau menukar warna (jika mahu), buatkan 1 Slip Stitch (Sl St) di salah satu dari ruang Chain (Ch) yang terdapat di baris pertama.
2. Kait 3 Chain (Ch), anggapkan bahawa ia adalah 1 Double Crochet (Dc). Kemudian, 2 Double Crochet (Dc) lagi pada ruang Chain (Ch) yang sama. Kait 3 Chain (Ch), dan 3 Double Crochet (Dc) lagi pada ruang Chain (Ch) yang SAMA. (Ini membentuk sudut anda: 3 Dc, 3 Ch, 3 Dc).
3. Kait 1 Chain (Ch) yang bertindak sebagai ruang antara dua kelompok.
4. Ulangi proses pada nombor 2 di setiap ruang Chain (Ch) yang lain.
5. Selesaikan dan sudahi pusingan untuk baris kedua dengan menyambungkan Chain (Ch) terakhir ke binaan Double Crochet (Dc) pertama untuk baris ini.

Peringatan: Untuk baris ketiga dan seterusnya, pastikan anda peka dengan ruang Chain (Ch) anda. Untuk membina bentuk segi empat, cuma 4 ruang Chain (Ch) yang harus ada. Untuk mengisi pertemuan antara dua ruang tersebut, anda perlu menambah jumlah kelompok Double Crochet (Dc) dengan betul.


Terus ulangi proses sehingga anda mencapai saiz Granny Square yang anda kehendaki. Setelah selesai, mulai semula langkah untuk membuat Granny Square anda yang lain pula.

Apa pun jua, luangkan sedikit masa anda untuk lebih teliti dalam mengait Granny Square ini. Tidak usah terburu-buru, kerana anda akan lebih berpuas hati jika hasil projek Granny Square anda nampak lebih kemas dan teratur!

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping