Apabila melangkah ke tahun baharu, pasti akan ada perubahan yang akan berlaku. Begitu juga dengan dunia crochet. Pada tahun 2026, dijangka trend warna akan berganjak ke arah palet yang lebih matang, menenangkan dan bersifat organik.
Ya, sudah tentu anda sudah mempunyai cadangan warna tersendiri untuk projek crochet anda yang seterusnya. Tetapi maklumat yang dikongsikan ini mungkin boleh menjadi input tambahan kepada anda sebelum memulakan projek.
Jom, kita ketahui antara palet warna yang bakal menjadi pilihan untuk tahun 2026 ini:
1. Warna minimalis: Cloud Dancer
Warna putih krim yang sinonim dengan jiwa minimalis, juga membangkitkan rasa tenang, setenang awan yang berarak. Ia ini benar-benar mendefinisikan “simplicity” atau kesederhanaan, dan mengekspresikan permulaan yang baharu kepada pemakainya. Di platform jualan seperti Ravelry dan Etsy, terdapat peningkatan dalam carian neutral minimalist aestetics yang merujuk kepada wana putih “cloud dancer” ini.
2. Kembali Kepada Alam Semulajadi: Patina Blue dan Wander Green
Jika anda melihat alam semulajadi, anda tidak akan terlepas dari melihat warna biru dan hijau. Spesifiknya, gabungan pudar biru kehijauan seakan kesan antik logam adalah warna Patina Blue. Manakala hijau yang kelihatan seakan warna hutan merujuk kepada wandergreen. Dalam prediksi yang dibuat oleh WGSN, warna-warna yang berunsur pemulihan “Restorative Colors“ akan menjadi warna dominan bagi tahun 2025-2026. Manakala Pinterest Predicts mengunjurkan, trend seperti “Jellyfish Chic” dan “Aquatecture” akan memenuhi pasaran.
3. Citarasa Mewah: Deep Jewel Tones
Kepulangan warna-warna “Deep Jewel Tones” seperti midnight plum dan amber glow sudah pasti bakal memaparkan ciri-ciri ekslusif dan mewah untuk tahun 2026.
Jika digayakan pada projek beg tangan anda, sudah pasti akan menonjolkan tekstur dan karekter jelas yang ingin anda ekspresikan pada beg tangan tersebut.
Kesimpulannya
Tahun 2026 ini akan membawa tema warna yang berasaskan kelestarian dan kembali kepada alam semulajadi. Dari seringannya warna putih hingga beratnya warna permata semuanya menekankan tentang alam yang bersifat lebih natural. Apapun warna yang anda bakal pilih, pastikan ia memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada diri anda.
