Anda baru dalam bidang mengait? Ingin mempelajari jenis jahitan untuk projek kait anda? Tahniah! Anda telah menjumpai tempat yang betul. Mari pelajari satu jahitan asas dan mudah, iaitu Single Crochet (SC). Jahitan jenis ini paling senang untuk dipraktikkan dan boleh dikatakan sebagai asas kepada jenis jahitan-jahitan lain dalam proses mengait.
Single Crochet, Apekah?
Dalam bidang mengait atau crochet, setiap jahitan boleh dianggap sebagai satu kepingan blok lego yang disusun dalam susunan tertentu untuk menghasilkan bentuk yang diinginkan. Single crochet merupakan jahitan yang paling padat dan jarak yang paling pendek sekali di antara jahitan-jahitan yang lain. Disebabkan keadaan tersebut, hasil fabrik yang terhasil daripada penggunaan single crochet ini adalah lebih kukuh, tegap dan rapat sehingga ia sesuai diaplikasikan pada projek seperti amigurumi, beg, selimut atau bakul.
Jom Ketahui Langkahnya.
Untuk menghasilkan jahitan single crochet, anda perlu:
1. Masukkan hook: Anggaplah anda sudah mempunyai chain untuk asas kepada fabrik anda, pada tingkat ke-2, dengan hook yang mempunyai satu gelung(loop) benang hasil slip stitch(slst), masukkan hook tersebut kedalam satu chain yang telah anda buat sebelumnya.
2. Lilit dan tarik: Lilitkan benang pada hook (tindakan ini dikenali sebagai yarn over) dan tarik benang melalui chain tersebut. Dengan ini, anda sudah mempunyai dua gelung pada hook anda.
3. Lilit lagi dan selesai: lilitkan benang ke hook, kemudian tarik benang melalui kedua-dua gelung yang terdapat pada hook anda.
Tahniah! anda sudah membuat satu single crochet.
Sekarang, buatkan single crochet yang seterusnya dan teruskan sehingga projek kait anda selesai.
