Welcome to Kraf'd
sign up & buy with us now!
cool crafted products await!
shipping to whole Malaysia
tutorial membuat double crochet

Tutorial Cara Membuat Double Crochet

Apakah itu Double Crochet?

Double Crochet mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Single Crochet, cuma perbezaan boleh didapati pada tinggi kedua-dua jenis jahitan tersebut. Disebabkan Double Crochet terhasil dengan dua kali kaitan, jadi jahitannya akan menjadi lebih tinggi berbanding Single Crochet. Hasil fabriknya akan menjadi renggang dan berongga. Jahitan jenis ini sesuai dikenakan pada projek crochet seperti selimut, skaf, alas meja, baju musim sejuk dan beanie kerana memberikan ruang pergerakan dan keselesaan kepada si pemakai.

Mari Ketahui Langkahnya.

Bagi menghasilkan Double Crochet, anda perlu:

1. Lilitkan benang(Yarn over, YO) pada hook: Sebelumnya, anda sudah mempunyai chain sebagai asas, dan seterusnya membuat tiga rantai pusingan (Turning chain, Ch 3) sebagai titik permulaan jahitan. Pada hook anda, terdapat satu gelung (loop), tambahkan satu lagi gelung(loop) dengan melilitkan benang dari belakang ke depan. Kini, anda sudah mempunyai dua gelung(loop) pada hook anda.

2. Sisipkan Hook: Kan anda sudah menyimpan tiga rantai sebagai turning chain, jadi hook anda perlu dimasukkan pada rantai yang keempat untuk memulakan Double Crochet.

3. Cungkil dan tarik benang: Setelah anda memasukkan hook pada rantai, lilitkan benang(Yarn over, YO) pada hook, kemudian tarik ia keluar melalui rantai. Pada langkah ini, anda sudah mempunyai tiga gelung(loop) pada hook.

4. Tarik benang melalui gelung: Lilitkan benang(Yarn over, YO) sekali lagi, kemudian tarik hook melalui dua gelung pertama pada hook. Kini, terdapat dua gelung(loop) pada hook anda.

5. Selesaikan tugas anda!: Lilitkan benang(Yarn over, YO) untuk kali yang keempat sebelum hook ditarik melalui dua gelung(loop) terakhir yang terdapat pada hook.

Dengan itu, anda sudah mempunyai satu Double Crochet yang sempurna.

Ulangi langkah yang telah diberikan untuk membuat Double Crochet yang lain sehingga projek kait anda selesai. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping