Selepas berminggu-minggu meraikan hari raya, tiba masanya untuk kembali fokus kepada rutin harian dan kerjaya kita. Jika dulu kita pernah berbicara mengenai item yang wajib dibawa semasa beraya, kali ini kita berbincang mengenai persiapan ke tempat kerja pula.
Bagi sesetengah individu, beg kerja merupakan keperluan. Ia bukan sahaja untuk meningkatkan imej penampilan pejabat, tetapi juga sebagai “stesen bergerak” untuk memenuhi keperluan individu. Tambahan jika individu mengenakan beg tangan crochet yang kukuh dan bergaya, dia akan nampak lebih unik dan istimewa daripada rakan sekerjanya yang lain.
Berikut merupakan 5 barang yang perlu ada dalam beg kerja anda untuk memenuhi keperluan sepanjang waktu kerja berlangsung:
1. Pouch atau Beg Mini
Dengan adanya beg mini, anda boleh memastikan barang-barang yang terdapat dalam beg disusun dengan baik. Kunci, gincu, pin tudung, keronsang dan barang-barang kecil yang lain dimasukkan kedalam beg mini. Jadi, anda akan jarang mendapati kes kehilangan barang anda di dasar beg.
2. Planner dan Pen
Ya, di zaman digital ini, semuanya sudah “dimuatkan” dalam telefon pintar. Tetapi, dengan penglibatan aktiviti fizikal iaitu mencatat tugasan atau perancangan dalam planner tentu memberi kepuasan yang berbeza. Lagipun, anda akan cenderung untuk teralpa sekali anda masuk ke dunia digital. Mulanya hanya ingin merancang kerja anda, sudahnya anda akan berada di status media sosial pempengaruh kegemaran anda.
3. Kit Penjagaan Diri.
Minyak wangi, losyen pelembab kulit, lip balm, botol sanitasi tangan, bahkan berus dan ubat gigi, perlu ada dalam beg kerja. Atau kit lain yang anda rasakan sesuai untuk penjagaan diri semasa bekerja, perlu dibawa sekali dalam beg tersebut.
4. Powerbank dan Kabel Pengecas
Bayangkan anda terlupa untuk mengecas telefon pintar anda sebelum pergi ke tempat kerja. Dan anda perlu membuat lawatan tapak untuk projek mega bernilai 10 juta. Dengan adanya dua item ini, anda tidak perlu khuatir akan kehabisan bateri telefon. Dan anda tidak risau jika nantinya akan ada penyelia untuk membuat panggilan kepada anda.
5. Botol Air
Pastikan anda sentiasa terhidrat sepanjang waktu bekerja. Bekalkan air dalam botol air, tidak kisah sama ada botol air itu dari jenama terkenal atau mengguna ulang botol air yang anda beli. Asalkan ia muat kedalam beg kerja.
Tips penjagaan: Pastikan anda tidak mengenakan muatan yang melampau kepada beg anda bagi memastikan beg anda masih berupa seperti sebuah beg.
Penutup
Persediaan yang rapi bermula daripada susunan dalam beg yang teratur. Dengan adanya barang yang diperlukan dan beg yang berkualiti, anda pasti lebih bersemangat untuk memulakan kerja anda.
Selain dari 5 barang tersebut, apa pula barang yang perlu ada dalam beg kerja anda? Kongsikan diruangan komen di bawah!
