Pernahkah anda terserempak dengan corak berbentuk anyaman seperti bakul rotan ketika anda scroll down media sosial anda? Melihatnya buat kali pertama, membuatkan kita tertanya adakah ianya hasil produk crochet atau cuma anyaman daripada bahan kraf yang lain. Ternyata, ia memang hasil produk crochet yang dihasilkan melalui teknik tertentu yang biasa kita gunakan dalam aktiviti mengait.
Kita boleh dapati pelbagai corak anyaman yang terhasil daripada aktiviti crochet ini. Ada yang berbentuk lurus, ada yang menyilang dan ada yang berselirat. Dan setiap daripadanya mempunyai teknik tersendiri, malah dengan nama yang menarik!
Jika dilihat dari segi teksturnya, kita akan merasakan bahawa ia agak rumit untuk dikait. Ya, setiap corak crochet pun memang kelihatan susah untuk dikait pada permulaannya. Tetapi apabila kita sudah mendapat momentum, malah kita sendiri akan terkejut ketika kita mendapati bahawa projek crochet itu sudah hampir siap dikait.
Untuk entry kali ini, mari kita pelajari salah satu daripada teknik jahitan ini, iaitu Celtic Weave Stitch.
Mari Mengait Celtic Weave Stitch
Untuk menghasilkan tekstur anyaman timbul, kita akan menggunakan Front Post Treble Crochet (FPtr), Back Post Trebele Crochet (BPtr) dan teknik silang (criss-cross). Juga, baris yang seterusnya akan dikait secara berlawanan dengan baris sebelumnya. Kenapa Treble Crochet (Tr) digunakan? Kerana ia ruang yang sesuai, terutama waktu kita menyilangkan jahitan. Selain itu, ia memberi ketegangan yang sesuai dan kita tidak memberi tekanan yang berlebihan kepada tangan kita.
Jahitan Celtic Weave ini biasanya terdapat pada beanie, beg tangan, selimut, shawl mahupun pelapik cawan.
Sebelum memulakan jahitan
Anda perlu memastikan kiraan rantai (Chain, Ch) dalam gandaan dua (4 + 2). Untuk tutorial ini, mari kita gunakan 18 rantai (18 Ch) sebagai pemula tapak.
Baris 1: Tapak Asas
- Setelah menyiapkan jumlah chain yang diperlukan, kaitkan Double Crochet (Dc) bermula dari chain ke-2 dari hook.
- Teruskan mengait Double Crochet (Dc) hingga ke chain ke 18. Kemudian, pusingkan projek anda.
Baris 2: Silang Hadapan
Pada baris ini, anda akan membina kesan timbul anyaman tersebut:
- Setelah anda memusingkan projek, buatkan dua chain baharu. Kemudian, kaitkan 1 Double Crochet (Dc) pada chain yang pertama dari hook. Ia bertindak sebagai pembatas bahagian tepi jahitan anda.
- Lompat 2 jahitan Double Crochet (Dc) yang pertama dari hook. Kemudian, kaitkan Front Post Treble Crochet (FPtr) pada dua jahitan Double Crochet (Dc) yang seterusnya.
- Kini, anda mempunyai 2 Front Post Treble Crochet (FPtr). Ingat kembali, anda mempunyai 2 Double Crochet (Dc) yang belum disempurnakan. Jadi, kaitkan FPtr pada 2 Dc tersebut. Perkara yang anda perlu ambil perhatian disini, ialah untuk memastikan jahitan FPtr ini bersilang dihadapan 2 FPtr yang sebelumnya. Dan pastikan juga setiap FPtr dikait dengan jahitan Dc secara tertib agar jahitan lebih tersusun dan kemas.
- Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga mempunyai baki satu jahitan terakhir. Di baki itu, kaitkan 1 Dc untuk melangkapkan baris ini. Tujuan 1 Dc ini sama seperti 1Dc dipermulaan baris, iaitu sebagai pembatas bahagian tepi jahitan anda. Kemudian, pusing projek anda.
Baris 3: Mengimbangi Silang Hadapan
Dibaris ini, anda mungkin akan menghadapi sedikit kekeliruan. Ini kerana anda telah memusingkan projek yang menyebabkan bahagian yang mempunyai corak anyaman membelakangi anda. Oleh itu, anda perlu menukar teknik jahitan anda kepada Back Post Treble Crochet (BPtr):
- Buatkan 2 chain, seterusnya buatkan 1 Double Crochet (Dc) pada jahitan yang pertama dari hook.
- Kemudian, anda kaitkan 1 Back Post Treble Crochet (BPtr) pada 2 jahitan FPtr pertama dari hook.
- Setelah selesai, langkau 2 jahitan FPtr yang seterusnya, kemudian kaitkan 1 BPtr pada 2 jahitan berikutnya.
- Anda perlu mengait 2 jahitan FPtr yang telah anda langkau tadi. Jadi, anda perlu membuat 1 BPtr kepada 2 jahitan itu juga. Oleh sebab anda telah memusingkan projek anda, jahitan BPtr ini perlu disilang dibelakang jahitan BPtr yang telah anda kait sebelumnya. Nota penting: Pastikan anda sentiasa melihat semula corak anyaman yang terhasil agar ia terletak pada keadaan yang sepatutnya.
- Ulangi langkah 3 dan 4 sehingga anda berbaki tiga jahitan terakhir. Kaitkan BPtr pada 2 jahitan yang hampir dengan hook. Pada jahitan terakhir, kaitkan 1 Dc sebelum anda memusingkan projek.
Baris 4 dan Seterusnya
Setelah anda menyelesaikan kaitan pada baris 2 dan 3, anda perlu melihat semula corak anyaman yang terhasil. Adakah ia menjadi seperti anyaman yang boleh dikategorikan sebagai Celtic Weave Stitch? Jika ya, anda boleh terus mengulang langkah-langkah pada baris 2 dan 3 secara berselang-seli sehingga projek selesai. Jika tidak, anda boleh mengenalpasti pada jahitan mana yang mengalami masalah dan anda perlu bermula semula dari jahitan tersebut.
Tip Pro: Jahitan Celtic Weave ini memerlukan benang yang banyak, melihat kepada jumlah lilitan dan ketebalan yang diperlukan untuk menghasilkan corak timbul. Jika anda merancang untuk membuat projek crochet menggunakan jahitan ini, pastikan anda membeli benang yang secukupnya.
Kesimpulan
Untuk beberapa baris pertama, anda akan mendapati bahawa jahitan yang anda agak herot dan tidak kemas. Jangan risau, teruskan mengait. Apabila anda telah berada pada baris ke-6 keatas, anda akan melihat anyaman yang kemas dan teratur akan terbentuk. Juga, disebabkan bilangan anyaman semakin bertambah, maka anda nampak jahitan anda menjadi seperti jahitan Celtic Weave yang anda lihat di sosial media.
Selamat mencuba, dan selamat merasai pengalaman setiap helaian benang bertukar menjadi karya seni yang estetik dan premium!
