Welcome to Kraf'd
sign up & buy with us now!
cool crafted products await!
shipping to whole Malaysia
LAPORAN KHAS: 12 September Hari Keraian Penggemar Crochet Sedunia

LAPORAN KHAS: 12 September Hari Keraian Penggemar Crochet Sedunia

MALAYSIA, 12 September – Pada hari ini, ruangan sosial media dan kumpulan komuniti kraf yang terdiri daripada artisan dan penggemar fesyen berada dalam suasana keraian.

Mana tidaknya, hari ini merupakan Hari Crochet Antarabangsa (International Crochet Day). Ia merupakan sambutan rasmi tahunan, bertujuan untuk mengangkat martabat seni kraf tangan ini serta mengapresiasi sumbangannya kepada dunia seni dan fesyen.

Jadi, mari kita singkap sedikit sejarah berkenaan Hari Crochet Antarabangsa serta perkembangan yang telah berlaku dalam dunia crochet sehingga hari ini. Laporan khas tersedia dibawah.

Detik Penting: Titik Permulaan Sambutan

Hari Crochet Antarabangsa mula disambut secara rasmi pada 12 September 2007. Ia hasil cetusan seorang penulis blog dari Amerika Syarikat iaitu Jimbo dari  Jimbo’s Front Porch. Beliau ingin mengadakan satu hari khas untuk mengiktiraf kemahiran para pengait di seluruh dunia.

Sejak dari tarikh tersebut, ia disambut pada setiap tahun dan menjadi fenomena global. Tarikh 12 September kini menjadi simbol penyatuan para penggiat seni kreatif sentuhan tangan asli ini, tidak kira dimana mereka berada.

Siri Perkembangan: Daripada Seni halus Ke Barangan Utilitarian

Daripada pemerhatian yang diperoleh, topik perbincangan tentang crochet ini tidak lagi mencakupi hobi domestik semata-mata. Didapati bahawa ia beralih kepada penekanan terhadap reka bentuk dan aspek teknikal yang lebih organik. Kini, fokus lebih tertumpu ke arah material alternatif dan struktur jahitan.

1. Evolusi Material: Muncul Beraneka Jenis Benang

Kini, karya seni crochet tidak hanya terikat dengan benang kapas halus atau akrilik lembut sahaja. Melalui inovasi material, terhasil benang seperti cotton cord, tube yarn, polypropylene cord, malah T-shirt yarn. Ia telah membuka dimensi baharu karya seni crochet boleh diolah dan penggiat seni lebih fleksibel dalam mengekspresikan kreativiti mereka.

2. Karya Yang Lebih Berstruktur dan Kukuh

Dengan adanya variasi benang, gubahan crochet kini mengalami transformasi yang positif. Barangan crochet kini pelbagai, dari alas meja yang lembut ke beg berstruktur yang tegar dan multifungsi. Serta dari sulaman renda yang halus dan teliti, ke amigurumi patung bersaiz jumbo yang dikait dari bulky yarn.

3. Reka Bentuk yang Menjadi Inspirasi

Kehadiran evolusi ini menjadikan rekaan sangat dinamik dan kreativiti diserlahkan dengan baik sekali. Para penggemar kraf mahupun artisan dapat berekperimentasi dengan teknik jahitan dan jenis material yang sesuai untuk menghasilkan sebuah karya crochet yang mereka kehendaki.

Seruan Buat Artisan

Bersempena Hari Crochet Antarabangsa, mari jadikan sambutan ini sebagai hari mengapresiasi karya seni yang terhasil dari sebuah cangkuk dan benang. Kita hargai bagaimana seni tradisional ini terus hidup, berevolusi dan menyumbang karya-karya yang sangat indah untuk tatapan pada masa kini.

Buat anda, sama ada penggemar fesyen hasil buatan tangan, atau pengait yang tidak jemu menghasilkan karya crochet yang baharu:- Selamat Hari Crochet Antarabangsa.

Laporan disesuaikan untuk siaran khas 12 September.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping