Pernahkah anda mendengar tentang Berry Stitch? ya, anda tidak silap membacanya. Berry Stitch atau jahitan beri dinamakan bersempena dengan rupanya yang seakan buah beri. Ia bertekstur bulat kecil serta gebu. Jahitan jenis ini sesuai diaplikasikan pada projek crochet yang tidak memerlukan jahitan yang rapat dan padat seperti beg, skarf, topi dan selimut.
Jika anda melihat jahitan ini pada permulaan, pasti anda menyangka bahawa ianya adalah jahitan yang rumit. Tetapi, Berry Stitch ini sebenarnya mudah untuk dibuat. Mari kita bersama mempelajari langkah-langkah membuatnya!
Langkah-langkah menghasilkan Berry Stitch
Anda perlu mengambil maklum bahawa Berry Stitch terbentuk pada sebelah belakang fabrik yang anda kerjakan (Wrong Side,WS). Ia bermaksud, jika anda melakukan jahitan tertentu pada bahagian yang mengadap anda, corak yang anda inginkan akan terhasil pada belakang bahagian yang anda kerjakan. Berry Stitch juga secara asasnya diselang-selikan dengan Single Stitch(Sc) bagi mendapatkan efek yang kemas dan timbul.
Asas Kepada Berry Stitch
1. Sediakan foundation chain yang secukupnya: pastikan ia disediakan dalam bilangan genap serta mengikut panjang projek anda. Kiraan tidak termasuk satu chain (Ch 1) sebagai turning chain.
2. Baris pertama dengan jahitan biasa: bagi memudahkan anda membuat Berry Stitch, lengkapkan barisan pertama dengan single crochet(Sc). Ia juga bertindak sebagai penentu bahagian hadapan kerja anda (Right Side). Jangan lupa untuk membuat satu chain (Ch 1) sebagai turning chain.
Menghasilkan Butiran Beri
Pada baris kedua inilah anda mula mengenakan Berry Stitch.
1. Jahitan pertama: mulakan dengan satu single crochet (Sc).
2. Mula menjahit Berry Stitch: Ia dimulai dengan;
- Lilitkan benang (Yarn over (YO)) dan tarik benang: Lilit benang pada hook (Yarn Over,YO). Masukkan hook ke dalam rantai seterusnya. lilitkan benang dan tarik keluar benang melalui rantai. (Anda kini ada 3 gelung pada cangkuk).
- Yarn Over (YO) dan tarik melalui satu gelung: lilitkan benang pada hook dan tarik benang melalui satu gelung sahaja pada cangkuk. (Anda masih ada 3 gelung pada cangkuk).
- Yarn Over (YO) dan tarik benang lagi: lilitkan semula benang, masukkan semula hook ke dalam rantai yang sama. Lilitkan benang dan tarik benang keluar melalui rantai. (Kini, anda ada 5 gelung pada cangkuk).
- Siapkan jahitan: Lilitkan benang semula, dan tarik benang melalui kesemua 5 gelung pada cangkuk.Kini, andan sudah ada Berry Stitch.
3. Selang-selikan jahitan: Buatkan satu single crochet (Sc).
4. Ulang: Ulangi turutan (buatkan satu Berry Stitch selepas anda membuat satu single crochet(Sc)) sehingga selesai satu baris.
5. Bersedia untuk baris seterusnya: dengan menyediakan satu chain (Ch) untuk turning chain.
Penyesuaian Bahagian
Bagi baris ketiga, anda cuma perlu mengulangi baris pertama. Jahitkan single crochet (Sc) disepanjang baris. ia berfungsi menyeragamkan semula permulaan jahitan untuk baris seterusnya.
Ulang Semula
Dalam bidang crochet ini, tidak akan lari dari proses mengulang semula. Jadi, langkah-langkah pada baris kedua dan ketiga diulang semula sehingga projek anda menjadi seperti yang dikehendaki.
Tips Profesional
• Ketegangan: Jangan kait terlalu ketat, terutamanya semasa membuat Berry Stitch. Ini akan memudahkan anda untuk menarik benang melalui kesemua 5 gelung pada Langkah 4.
• Selang-Seli: Menggunakan 1 Sc di antara setiap Berry Stitch adalah cara paling popular untuk memastikan setiap beri timbul dengan jelas dan tidak berhimpit.
Selamat mencuba! Dengan sedikit latihan, anda pasti dapat menguasai Berry Stitch ini dan menghasilkan projek crochet yang penuh tekstur dan sangat menarik.
