Welcome to Kraf'd
sign up & buy with us now!
cool crafted products await!
shipping to whole Malaysia
Pelajari jenis jahitan musah even moss stitch

Pelajari Jenis Jahitan Mudah – Even Moss Stitch

Dalam crochet, terdapat pelbagai jenis jahitan (stitch) yang boleh dipelajari. salah satu daripadanya ialah jahitan even moss. Ia merupakan satu jenis jahitan yang amat ringkas dan mudah dikuasai. Jahitan jenis ini boleh diaplikasikan kepada pelbagai jenis projek crochet seperti selimut bayi, beg, topi dan sebagainya.

Untuk mendapatkan corak jahitan even moss, anda cuma perlu mengetahui dua jenis jahitan, iaitu slip stitich (sl st) dan half double crochet (hdc). Dua jenis jahitan tersebut diulang secara berselang seli. Berikut merupakan penulisan corak jahitan:

Pelajari teknik jahitan mudah even moss stitch

Adalah disarankan supaya anda membuat kiraan rantai (chain) dalam bilangan genap bagi tujuan kiraan setiap jahitan. Namun, ia tidak menjadi isu sekiranya tidak membuat demikian kerana hasil corak jahitan ini tidak terjejas. Corak jahitan even moss ini boleh diperhatikan seperti gambar dibawah:

Krafd pelajari jenis jahitan mudah even moss stitch

Ringkas, tetapi kelihatan berbeza dan menarik berbanding corak jahitan yang menggunakan cuma jahitan single crochet, half double crochet atau double crochet semata-mata. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping