Welcome to Kraf'd
sign up & buy with us now!
cool crafted products await!
shipping to whole Malaysia
Medik x Crochet: Tips Menghindari Carpal Tunnel Syndrome

Medik x Crochet: Tips Menghindari Carpal Tunnel Syndrome

Umum mengetahui bahawa aktiviti crochet memerlukan pergerakan dibahagian pergelangan tangan yang intensif dan berulang. Daripada menempatkan posisi benang yang ideal pada jari, ke pergerakan hook untuk menyempurnakan simpulan, setiap darinya mempunyai koordinasi dan teknik tertentu. Tanpanya, kebarangkalian bagi pengait untuk mengalami ketidakselesaan agak tinggi. Atau lebih parah, ia boleh menyebabkan kecederaan ligamen dan saraf seperti Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

Jadi, bagaimana biomekanik tangan dan kaedah memegang hook boleh mempengaruhi “kecergasan” pengelangan tangan anda?

Apa itu Carpal Tunnel

Carpal Tunnel dipergelangan tangan terbentuk daripada tulang carpal dan ligamen interkarpal yang dipenuhi oleh saraf median dan 9 tendon fleksor ekstrinsik (Zong & Jordan, 2023). Oleh kerana ia berada dikawasan pergelangan tangan, risiko menghadapi tekanan tertentu tidak dapat dihindarkan. Tekanan yang berlaku pada saraf median tersebut menyebabkan keadaan bergejala yang dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (CTS) (Wang, 2018). Menurut Connor (2018), antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan pada saraf median ketika mengait terlalu lama ialah:

1. Pergerakan berulang ketika mengait menjadikan tendon bergeser, kemudiannya menyebabkan keradangan dan pembengkakkan tisu.

2. Perbuatan membengkokkan tangan keatas dan kebawah secara berterusan dan keterlaluan akan memberi tekanan pada saluran Carpal Tunnel. Ia akan menghimpit saraf median secara berterusan hingga menyebabkan tangan berasa kebas dan kesemutan.

Diagnosis Pergerakan Tangan: Pencil Grip vs Knife Grip

Kaedah yang anda gunakan untuk memegang hook sebenarnya memainkan peranan. Secara egonomik, ia memberi kesan yang signifikan terhadap tekanan diberikan pada otot dan kedudukan sendi (WooHobby Team, 2026):

Pencil Grip: Hook dipegang seperti sedang menulis menggunakan pensel (WooHobby Team, 2026). Sama keadaannya ketika anda menulis menggunakan pen atau pensel, pergelangan tangan akan dibengkokkan. Manakala otot dibahagian jari akan bekerja lebih kuat bagi mencengkam dan menggerakkan hook. Jika anda mengait tanpa henti, tekanan yang berterusan akan diberikan kepada saraf median dan otot yang terlibat turut akan menjadi lenguh (WooHobby Team, 2026).

Knife Grip: Hook dipegang seperti sedang memegang pisau. Dengan kaedah ini, pergelangan tangan akan berada dalam posisi yang neutral (WooHobby Team, 2026). Setiap pergerakan akan melibatkan pergerakan bersepadu yang tidak membebankan titik tertentu pada pergelangan tangan. Secara teknikal, beban pergerakan akan diagihkan ke otot bahagian bawah lengan dan bahu, sekaligus meredakan tekanan berlebihan di pergelangan tangan (WooHobby Team, 2026).

Tips Menghindari Kecederaan

Untuk memastikan aktiviti crochet dijalani dengan selesa dan kurang risiko kecederaan, anda boleh mempraktikkan tiga langkah pencegahan yang ergonomik ini:

1. Menggunakan Hook Ergonomik (Build-up Grip):
Gunakan hook yang dilengkapi dengan pemegang yang sesuai dengan gengaman tangan. Menurut WooHobby Team (2026), membesarkan diameter pemegang hook dari 6 mm ke 10-12 mm didapati mengurangkan daya genggaman otot sehingga 25% ke 40%. Pengurangan daya genggaman ini justeru meredakan ketegangan pada tendon. Jika perlu, anda juga boleh “meminjam” solusi yang digunakan oleh pencacah tatu. Tambah diameter pemegang dengan pembalut sehingga mencapai saiz yang selesa untuk dipegang tanpa perlukan genggaman yang kuat pada hook.

2. Pastikan Pergelangan Tangan Kekal Diposisi Neutral:
Seboleh-bolehnya, elakkan pergerakan membengkokkan pergelangan tangan secara ekstrim. Ketika mengait, naikkan projek kait anda pada paras dada, contohnya dengan menggunakan bantal sokongan lengan (Sun Enterprises, 2026). Pada keadaan ini, pergelangan anda akan berada pada posisi lurus dan anda akan lebih selesa untuk mengait. Dengan adanya sokongan pada bahagian tangan anda, akan mengurangkan keperluan menggunakan otot berlebihan yang akan menyebabkan tekanan terutama dibahagian pergelangan tangan.

3. Praktikkan Micro-Breaks:
Hentikan aktiviti mengait anda dalam tempoh 30 ke 60 saat untuk setiap 20 ke 30 minit waktu mengait (WooHobby Team, 2026). Dalam senggang waktu singkat itu, regangkan jari dan pergelangan tangan. Ia bertujuan untuk meredakan ketegangan otot dan membantu mengalirkan darah.

Kesimpulan

Jika anda mengalami ketidakselesaan dan kekebasan setelah mengait pada tempoh yang lama, itu merupakan gejala berlakunya CTS. Jangan abaikan keadaan itu meskipun anda ingin menyiapkan projek anda dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Seeloknya, langkah pencegahan awal perlu diambil agar suasana mengait anda menjadi lebih kondusif dan selamat.

Rujukan

Connor, T. (2018, May 6). Crochet and carpal tunnel syndrome. Medium. https://terryhappyliving.medium.com/crochet-and-carpal-tunnel-syndrome-fee5815a3c01

Sun Enterprises. (2026, March 23). Why does crochet hurt my wrist? (And how to fix it). Sun Enterprises. https://www.sunenterprises.eu/en/blog/posts/why-does-crochet-hurt-my-wrist-and-how-to-fix-it.html#:~:text=Finally%2C%20crochet%20should%20be%20relaxing%2C%20not%20painful.,crafting%20sessions.%20Ready%20to%20crochet%20comfortably%20again%3F

Wang, L. (2018). Guiding treatment for carpal tunnel syndrome. Physical Medicine Rehabilitation Clinic of North America, 29(4), 751-760

WooHobby Team. (2026, July 23). Crochet ergonomics: How to prevent hand pain, wrist strain, and fatigue while crocheting. Woohobby. https://woohobby.com/blogs/news/crochet-ergonomics-how-to-prevent-hand-pain-wrist-strain-and-fatigue-while-crocheting#:~:text=This%20grip%20gives%20you%20very%20fine%20control,frequent%20breaks%20to%20stretch%20your%20thumb%20back.

Zong, M. L. & Jordan, D. B. (2023). Carpal tunnel mechanics and its relevence to carpal tunnel syndrome. Human Movement Science, 87.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping