Welcome to Kraf'd
sign up & buy with us now!
cool crafted products await!
shipping to whole Malaysia
4 perkara tentang crochet anda perlu ketahui

4 Perkara Tentang Crochet Anda Perlu Ketahui

Jika anda menyangka bahawa crochet ini hanya sebatas hobi semata, mungkin anda perlu memikirkan sangkaan anda semula. Ini kerana fakta yang akan dikongsikan kepada anda ini bakal mempengaruhi persepsi anda terhadap crochet.

Seni crochet ini bukan sekadar penghasilan kraf tangan yang menawan, tetapi terdapat fakta menarik serta bermanfaat untuk hidup anda. Jadi, apakah fakta tersebut? Mari kita sama-sama ketahuinya.


1.  Lebih Dari Sekadar Hobi, Bahkan Ia Sebuah Terapi

Seseorang akan bermeditasi untuk menenangkan diri. Tetapi, melakukan aktiviti crochet juga mempunyai prinsip yang sama seperti bermeditasi?

Fakta menarik: Berdasarkan dapatan kajian oleh British Journal of Occupational Therapy, aktiviti mengait secara rutin dapat mengurangkan tahap tekanan, kebimbangan (Anxiety) dan melambatkan berlakunya demensia.

Bagaimana ia boleh berlaku? Dengan menggerakkan tangan secara berulang serta fokus kepada corak dan kiraan simpulan (stitch), ia membantu mengalihkan tumpuan dari kebimbangan. Otak dapat berehat dari bebanan kerja yang tinggi, seterusnya merembeskan hormon dopamin sekiranya berjaya menyiapkan projek.Oleh itu, setiap kali anda berjaya menghasilkan amigurumi comel, anda sebenarnya menyelesaikan terapi yang bermanfaat kepada mental anda!

2. Asal Usul Yang Lebih Purba

Ramai yang percaya bahawa crochet modern bermula di Eropah pada abad ke-19, namun sejarahnya telah mengakar lebih mendalam serta kontroversial.

Fakta Menarik: Terdapat bukti yang menunjukkan teknik yang serupa dengan crochet telah wujud dalam tamadun kuno di Mesir, China, dan Amerika Selatan (pre-Inca). Corak Shepherd’s Knitting di Scotland dan teknik NÃ¥lbindning (mengait dengan jarum) Norse sering disebut sebagai pendahulu crochet.

Berbeza dengan knitting, crochet hanya mengunakan satu hook. Ia membolehkan fabrik tiga dimensi dihasilkan dengan lebih kukuh dan mudah. Selain menghasilkan fabrik biasa seperti selendang dan baju, ia sesuai untuk seni freeform dan patung mainan.

3. Sumber Ekonomi dan Fesyen Global

Oleh kerana corchet ini lebih dianggap sebagai hobi, maka ramai yang tidak melihat potensi ekonomi yang ada padanya. Dinamika arus fesyen mampu mempengaruhi penilaian terhadap hasil crochet.

Fakta Menarik: Selama berabad-abad, lace crochet seperti Irish Crochet Lace pernah menjadi sumber pendapatan utama, terutamanya di Ireland. Kain renda ini adalah tiruan kepada lace buatan mesin Perancis yang mahal, dan ia sangat popular sehingga mendapat jolokan “White Gold”.

Jenama fesyen mewah seperti Chanel dan Dolce & Gabbana pernah menampilkan pakaian dan aksesori crochet dalam koleksi mereka. Jelas sekali, pembabitan pemain utama dunia fesyen dengan hasil crochet ini membuktikan bahawa ia masih relevan dan bernilai dalam industri haute couture!

4. Disebalik Corak, Tersembunyi Sebuah Matematik

Selain daripada pengiraan asas, seni crochet juga mengaplikasikan satu disiplim dalam matematik, iaitu geometri.

Fakta Menarik: Bagaimana cara untuk menerangkan dan mencipta geometri hiperbolik (bentuk yang tidak boleh wujud rata seperti batu karang)? Salah satu caranya ialah melalui crochet. Dr. Daina Taimina, seoarang ahli matematik telah menggunakan seni crochet untuk memvisualkan konsep kompleks ini!

Tidak kira simpulan yang ringkas atau jalinan lace yang berselirat, setiap pengiraan adalah penting. Ketidak jituan pengiraan boleh menyebabkan hasil kraf tidak menjadi seperti apa yang dirancang.


Crochet bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang. Ia tentang membina kemahiran, ketenangan, dan kesihatan mental anda. Anda boleh mencipta fesyen, mainan, atau bahkan model saintifik, semuanya hanya dengan satu jarum dan segulung benang.

Jangan tunggu lagi. Sertai revolusi kraf tangan ini dan alami sendiri keajaiban crochet!

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping